Berita Muktahir: Ramadhan Gift Pack
Sumbangan Gift Pack Ramadhan & Ceria Syawal 1446H
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan sukacitanya, Persatuan Wanita USM (PWUSM) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM menganjurkan program Gift Pack Ramadhan & Ceria Syawal sempena kedatangan bulan Ramadhan.
Program ini bertujuan untuk membantu keluarga dan pelajar asnaf dengan menyumbangkan pek barangan keperluan asas seperti:
- Beras
- Gula
- Minyak masak, dan lain-lain.
Maklumat Penyertaan:
- Tarikh Akhir: 28 Februari 2025
- Sumbangan: RM50 setiap pek
- Maklumat Pembayaran:
Nama Akaun: Persatuan Wanita USM
No. Akaun: 800 381 2121 (CIMB)
Maklumat Bayaran: Ramadhan Gift Pack / Ceria Syawal
Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua untuk menjayakan program ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Pn. Nur Hanisa: 012 442 4430
- Pn. Anis Tasnim: 016 415 6556
- Cik Nur Amira Natasya: 017 250 7588
Semoga sumbangan ini membawa keberkatan dan keceriaan kepada mereka yang memerlukan.
Sekian, terima kasih.