DASAR DAN TUJUAN

Objektif utama penubuhan PWUSM ialah untuk memupuk dan meluaskan fahaman di kalangan ahli tentang peranan dan tanggungjawab wanita terhadap pembangunan negara. Di samping itu, tujuan penubuhan juga adalah bagi mempereratkan hubungan di antara kakitangan wanita dan isteri kepada kakitangan USM melalui pelbagai program yang bersifat pendidikan dan kebajikan serta aktiviti yang dapat meninggikan lagi imej dan taraf wanita keseluruhannya.