Gala Hi-Tea

Tarikh: 30 Mac 2019

Lokasi: Ballroom. Hotel Vistana, P.Pinang

Gala Hi-Tea ini bertemakan Diamond, Gold & Denim dan telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari semua pihak sama ada ahli persatuan, Pusat Pengajian /Jabatan USM, pertubuhan NGO dan pihak luar. Harga tiket yang bernilai RM55 telah ditawarkan kepada ahli dan RM60 kepada bukan ahli. Sebanyak 174 tiket telah berjaya dijual. Program ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Antara acara yang telah dipersembahkan ialah ceramah kecantikan, gesekan biola, nyanyian dan tarian. Selain daripada itu, hadiah cabutan bertuah dan anugerah busana wanita paling anggun turut disediakan. Pelbagai kiosk jualan dari peniaga luar yang menjual produk kecantikan, kesihatan, makanan dan tanaman turut disediakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli, staf USM dan pihak luar yang telah menjayakan Gala Hi-Tea pada kali ini.

IMG 20190330 WA0007