Program Rahsia Belaian Kasih

Tarikh : 22 Feb. 2019

Lokasi: Bilik Persatuan Wanita

Program Rahsia Belaian Kasih ini merupakan program urutan stress dan aura seri yang telah dianjurkan oleh Jari Emas. Ia merupakan sesi pengenalan produk yang dipasarkan dan untuk permulaan, ia terbuka hanya kepada ahli jawatankuasa (AJK) persatuan. Seramai 9 orang AJK telah turut serta bagi menjayakan aktiviti ini.

Aktiviti ini bermula dari pukul 12:00 tengahari  hingga 3:00 petang. Sesi taklimat produk telah disampaikan oleh Puan Zainun dari Jari Emas termasuk tips penjagaan diri dan muka untuk menjaga penampilan diri ahli sebagai wanita anggun.