Rias Diri - Mahkota Wanita Anggun

Tarikh : 25 Januari 2019

Lokasi: Bilik Persatuan Wanita, Canselori ll

Persatuan Wanita turut menitikberatkan penampilan diri setiap ahlinya. Program Rias Diri - Mahkota Anggung Wanita merupakan program gaya guntingan rambut dan terbuka kepada semua ahli. Oleh kerana masa yang terhad, program ini telah disertai oleh 7 orang ahli sahaja. Program ini dijayakan oleh Wanda Yusoff (Master Razor Haircut) pakar dandanan rambut.

Program ini bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Bayaran yang dikenakan kepada ahli adalah di antara RM25.00 – RM30.00. Selain daripada gunting rambut, perserta juga berpeluang untuk mendapatkan tip-tip penjagaan rambut yang betul dan pelbagai informasi berkenaan dandanan rambut. PWUSM akan menganjurkan lagi aktiviti ini pada masa akan datang kerana terdapat permintaan daripada ahli.