Saringan Kesihatan dan Pemeriksaan Gigi
Tarikh: 23 Januari 2019
Lokasi: Unit Pergigian, Pusat Sejahtera USM.
Sempena menyambut tahun baru 2019, Persatuan Wanita telah menganjurkan saringan kesihatan dan pemeriksaan gigi. Aktiviti ini terbuka hanya untuk ahli sahaja. Seramai 32 orang ahli menyertai aktiviti ini yang telah berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 3.30 petang. Terdapat 3 orang doktor yang bertugas dan 4 orang jururawat yang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Terima kasih diucapkan kepada Pusat Sejahtera di atas kerjasama ini.