Petua Dapur Opah
Tarikh: 05 April 2019
Lokasi: Bilik PWUSM, USM
Petua Dapur Opah merupakan satu program masakan yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli. Demo masakan pada kali ini adalah kek lapis. Chef yang dijemput ialah Puan Azlina. Demo masakan ini adalah percuma dan telah disertai oleh ahli yang terhad kepada 20 orang sahaja.
Selain daripada menjadi chef jemputan, Puan Azlina juga merupakan pengasas ABH Guide Solution iaitu produk makanan dan minuman berkhasiat. Antara produk yang dijual dan menjadi pilihan ahli adalah seperti susu kambing plus kurma & badam, minyak zaitun, koko plus kismis & susu kambing dan Ladies Nurr Fantastic Drink.