Lawatan ke TV Al-Hijrah

Tarikh: 15 - 16 April 2019

Lokasi: TV Al-Hijrah, Kuala Lumpur.

Persatuan Wanita USM (PWUSM) telah mendapat jemputan ke program siaran langsung dan rakaman rancangan bual bicara di stesen TV Al-Hijrah. Seramai 40 orang ahli persatuan yang menyertai lawatan ini telah mendapat kelulusan cuti tanpa rekod daripada Naib Canselor. 

Semasa di studio Al-Hijrah, ahli telah menyertai rancangan "Pink Point" iaitu program semi reality yang berlangsung selama sejam. Program ini telah  membicarakan isu semasa dengan memperkasakan peranan wanita sebagai golongan penting dalam masyarakat. Isu yang dibincangkan adalah bertajuk Saka & Perubatannya oleh Ustaz Sharhan Shafie.

IMG 20190416 WA0012

IMG 20190416 WA0042