Sambutan Hari Kesihatan Sedunia

Tarikh: 18 April 2019

Lokasi: KOMCA, USM

PWUSM dengan kerjasama Pusat Sejahtera sekali lagi bekerjasama bagi menjayakan program kesihatan tahun 2019. Dua orang penceramah telah dijemput untuk berkongsi ilmu kesihatan bersama warga kampus.

Penceramah terdiri daripada Dr. Abdul Wahab B. Khalid Osman dengan tajuk "Penyembuhan Alami Penyakit Kronik Bermula Dari Perut" dan Dr. Muhamad Iqbal B. Rosali yang berkongsi ilmu melalui ceramah bertajuk "Kesihatan Diri Bermula Dari Kesihatan Mulut". Selain ceramah, terdapat juga gerai jualan yang dibuka dan menjual produk kesihatan dan makanan ringan kepada tetamu yang hadir.

IMG 20190418 WA0005