Saidatina Khadijah Ramadhan 1440 Gift Pack
Tarikh: 26 April 2019 – 13 Mei 2019
Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, PWUSM turut mengambil kesempatan untuk bersama-sama menjayakan Program Ramadhan Gift Pack yang telah dilancarkan semasa Gala Hi-Tea pada 30 Mac 2019. Dengan nilai RM 50.00 bagi setiap pek yang terdiri daripada beras, gula, teh, bihun dan minyak masak, pek telah disedekahkan kepada staf dan golongan yang memerlukan.
Sebanyak 187 nos Gift Pack yang bernilai RM 9350.00 telah berjaya didermakan oleh ahli, staf dan orang awam. Antara lokasi yang terlibat ialah di flat PPR Sg. Pinang, Taman Zainal Abidin dan Flat Ampang Jajar. Selain itu, pek juga telah diberikan kepada keluarga miskin, 15 pelajar anak-anak asnaf dari SK Seri Sentosa, Nibong Tebal serta ibu tunggal di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada para pembeli 'Gift Pack'. Semoga Allah membuka pintu rezeki mereka dan sama-sama mendapat kerahmatan dari Allah SWT.