Menyantuni Warga Emas

Tarikh: 8 Sept 2019

Lokasi: Rumah Seri Kenangan, Sg. Petani, Kedah.

PWUSM mendapat kerjasama dan kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk mengadakan program bersama warga emas wanita. Tabung kutipan telah dilancarkan semasa Gala Hi-Tea pada 30 Mac 2019. Program ini diadakan di Rumah Seri Kenangan, Sg. Petani dan disertai oleh 38 orang ahli.  Seramai 60 orang warga emas telah diraikan dalam program ini termasuk yang terlantar sakit. Pelbagai acara telah dipersembahkan kepada warga emas sepanjang program ini seperti persembahan nyanyian dan tarian.

Selain itu, warga emas juga bertuah kerana mendapat urutan dan gunting secara percuma daripada Jari Emas dan Master Razor Haircut yang datang untuk bersama-sama mencurahkan bakti. PWUSM juga turut memberikan cenderahati seperti kerusi roda, mesih basuh, peti sejuk dan hamper berbentuk barangan keperluan harian kepada mereka. Semua keperluan ini adalah hasil sumbangan persendirian daripada ahli persatuan dan staf USM. Kutipan yang telah berjaya dikumpul adalah sebanyak RM 4,397.00.

PWUSM juga turut bersama warga emas untuk makan tengahari bersama. Semoga niat murni PWUSM dan ahli dalam menyantuni ibu-ibu di sana mendapat keberkatan dari Allah SWT.

20190908 084527 001 1024x576

c7cba2a7 7ade 4032 826c 8ab7e622786e