Gerai Konvo sempena Konvokesyen USM yang ke-57
Tarikh: 24 – 29 September 2019
Lokasi: Tapak Konvo USM
Sempena Majlis Konvokesyen USM yang ke-57, PWUSM telah turut serta mengadakan jualan di gerai Korporat yang ditawarkan oleh pihak Convex. Program ini merupakan salah satu usaha PWUSM bagi menjana pendapatan sekaligus memberi peluang kepada AJK dan ahli untuk turut serta.
Pada kali ini, PWUSM telah mendapatkan gerai Lot 66 untuk menjual pakaian. Antara pakaian yang dijual di gerai PWUSM ialah tudung dan pakaian kanak-kanak. Jenama koleksi tudung yang dijual termasuklah Kekaboo, Mirabelle dan Aidijuma. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan tutorial cara memakai tudung bawal yang menarik. Terima kasih kepada semua ahli yang memberi sokongan padu sepanjang aktiviti tersebut.