Santai Bersama Penaung

Tarikh: 05 Febuari 2020

Lokasi: De Pauh Garden, USM

Majlis ini diadakan untuk meraikan pelantikan penaung baru PWUSM iaitu Puan Mazarisusanty Ibrahim, isteri kepada Naib Canselor USM yang baharu, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan. Majlis ini dihadiri oleh semua AJK PWUSM.

Selain aktiviti suaikenal, antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 dan cadangan aktiviti pada tahun 2020. PWUSM berharap dengan pelantikan penaung baru ini, PWUSM akan mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada Pejabat Naib Canselor bagi setiap aktiviti yang bakal dijalankan. Majlis ini turut dihadiri oleh mantan Presiden terdahulu yang juga penasihat PWUSM iaitu Datin Dr. Joriah Mohamed.

IMG 0937 1024x575

IMG 0946 1024x575