Sambutan Hari Wanita Sedunia Tahun 2020 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Tarikh: 5 Mac 2020

Lokasi: Auditorium Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia disambut oleh semua wanita dari persatuan, kelab dan badan NGO seluruh negeri Pulau Pinang. PWUSM juga telah mengambil kesempatan untuk turut serta bersama-sama meraikannya.

Seramai 38 orang staf wanita yang juga terdiri daripada AJK dan ahli PWUSM telah menyertai program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Mojimor Shariff.